SABTU 22 Mac 2025 bersamaan 21 Ramadhan 1446H – Program istimewa Majlis Berbuka Puasa dan Malam Munajat anjuran Agensi Polis Bantuan DRB-HICOM Kompleks Automotif Pekan Pahang dengan kerjasama Surau An-Nur Kg Jambu Langgar, Pekan, Pahang & KRT Kg Benta/Kg Jambu/Taman Jambu telah diadakan dengan pelbagai perisian menarik.
Program ini berjaya menghimpunkan tiga(3) orang Al-Fadhil Qadhi Daerah dan seorang Pembimbing Pembangunan Al-Quran Negeri Pahang (MTNP), bagi mengimarahkan malam dengan ibadah dan pengisian rohani dihadiri seramai lebihkurang 150 orang terdiri daripada Unit Polis Bantuan DRB-HICOM, anggota keselamatan dan Qari’ah Surau An-Nur Kg Jambu.
Aturcara program:
✨ Tausiah Ramadhan – Disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin, Tuan Haji Bunyamin bin Abdul Ghani, AMP.
✨ Solat Isyak & Tarawih berjemaah – Dipimpin oleh
Pembimbing Pembangunan Al-Quran Negeri Pahang (Maahad Tahfiz Negeri Pahang), Ustaz Ahmad Fikri bin Abdul Karim Al-Hafiz
✨ Qiamullail – Dipimpin oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Muadzam Shah, Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin Al-Hafiz
✨ Kuliah Subuh – Disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Pekan, Tuan Haji Mohd Aris bin Jamin Al-Hafiz, AAP, AMP.
Alhamdulillah, sebuah program yang penuh keberkatan, menghimpunkan ilmu dan amal ibadah dalam suasana ukhuwah Islamiah mencari malam Lailatulqadar.
Aktiviti ini dapat menjalin hubungan baik di antara masyarakat setempat dengan agensi Polis Bantuan DRB-HICOM yang bernaung di bawah Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA).
Polis Bantuan dan Masyarakat Berpisah Tiada.
#RamadhanKareem #SurauAnNurPekan #KRTBentaJambuPekan #MalamMunajatPB@SurauAnNur #Kolaborasi
Terima kasih kepada Unit Polis Bantuan DRB-HICOM yang berkongsi artikel ini.
AJK Siaraya / Media



