


Khamis 27 Februari 2025 – SHAH ALAM
Ahli Jawatakuasa Biro Latihan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA), Tuan Zakaria, telah menjemput Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia untuk mengadakan perbincangan bersama Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Assoc. Prof. Dr. Nur Ezan Rahmat, untuk berkolaborasi MAPA dan UiTM.
Kedua-dua belah pihak pada dasarnya bersetuju untuk bekerjasama sebagaimana cadangan berikut:
- Pihak Fakulti Undang-Undang akan membuat dan menyenaraikan cadangan Modul Kursus untuk disesuaikan dengan bidang kuasa dan penugasan Polis Bantuan.
- Pihak Fakulti Undang-Undang akan menyediakan draf MOU bagi semakan pihak MAPA sebelum proses tandatangan kedua-dua pihak iaitu antara UiTM dan MAPA.
- Pihak MAPA akan membuat semakan berkaitan proses bayaran dan prosidur kewangan bagi tujuan bayaran pelaksanaan kursus.
- Pihak UiTM dan MAPA bersetuju bagi tujuan pelaksaan pada tahun 2025 dilaksanakan sebanyak dua(2) siri.
- Pihak Fakulti Undang-Undang UiTM akan mengemukakan Modul Kursus terkini berdasarkan hasil perbincangan yang telah dibuat pada hari ini.
Sekian.
AJK Siaraya / Media