PDRM memberi peringatan atas pemerhatian yang dibuat terdapat agensi telah menyalahgunakan kuasa Polis Bantuan. Antara kesalahan-kesalahan salah guna kuasa dan penugasan Polis Bantuan adalah seperti berikut:
- Menjalankan eskot dan tugas sebagai pengiring Pengerusi atau Pengarah syarikat
- Kawalan statik di kediaman persendirian;
- Menggunakan kenderaan yang tiada kelulusan PDRM dan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh PDRM;
- Menjalankan tugas di luar kawasan yang ditetapkan dan membawa senjata api dengan tidak memohon kebenaran Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negara;
- Mengkomersialkan Polis Bantuan dengan menyewa kepada lain-lain syarikat.