



Tarikh : 27 Februari 2025 (Khamis)
Masa : 10.00pagi
Tempat : Pusat Latihan Polis Bantuan PBA Holdings Bhd, Empangan Air Itam, Air Itam, Pulau Pinang
Polis Bantuan MBSP selaku urusetia telah melaksanakan satu mesyuarat Agensi Polis Bantuan Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah & Perlis) . Wakil daripada pelbagai agensi Polis Bantuan di seluruh negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah hadir ke mesyuarat ini dan turut disertai oleh wakil daripada UPSI & Perbadanan Menteri Besar Perak.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Amirul Ariff bin Abdul Rahman selaku AMP Kontinjen Pulau Pinang.
Mesyuarat dimulakan dengan sesi suaikenal antara semua agensi yang hadir dan diteruskan dengan perbincangan agenda oleh Tuan Pengerusi. Jawatankuasa kecil kontinjen juga telah ditubuhkan dalam mesyuarat ini bagi tujuan memperkukuhkan lagi silaturahim di antara agensi PB yang hadir melalui akitiviti serta program anjuran bersama.
Mesyuarat ditangguhkan dengan sesi bergambar dan makan tengahari pada 12.30tghri.
TAHNIAH AMP Utara.
Sekian.
AJK Siaraya / Media