Penubuhan Polis Bantuan

Pasukan Polis Bantuan telah ditubuhkan pada tahun 1948 semasa Negara menghadapi zaman darurat. Pada tahun 1958, Pasukan Polis Bantuan dibubarkan setelah tamat darurat dan ditubuhkan kembali mengikut Akta Polis 1967.

Penubuhan semula Unit Polis Bantuan pada tahun 1967 adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No. 41/67 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh 21 Disember 1970). Selain daripada Akta Polis 1967 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970, anggota dan pegawai Polis Bantuan adalah tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A501 serta semua arahan-arahan berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dari semasa ke semasa.

Objektif Polis Bantuan

Objektif Penubuhan Polis Bantuan selepas Negara mencapai kemerdekaan adalah seperti berikut:

  1. Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan.
  2. Membolehkan pegawai-pegawai keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  3. Sebagai unit sokongan/ bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

Tinggal mengemas kini

Langgan surat berita kami