Skip to main content

Mengenai Persatuan

Latar Belakang Penubuhan

Persatuan Polis Bantuan Malaysia (Malaysia Auxiliary Police Association) ialah sebuah persatuan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S). Penubuhan Polis Bantuan di Malaysia adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21hb Disember 1970).
Persatuan Polis Bantuan Malaysia (Malaysia Auxiliary Police Association) ditubuhkan pada 26 Jun 1998 (No. Pendaftaran: PPM-008-14-26061998) beralamat di Pejabat Setiausaha Kehormat MAPA, FGV Security Services Sdn Bhd, Level 10 East, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur setelah dipinda alamat surat menyurat pada 17 Februari 2003.

Visi

Perkhidmatan polis bantuan yang membanggakan Agensi dan PDRM.

Misi

Menjadi penggerak utama Agensi dalam mengekalkan Suasana Selamat, Aman dan Sejahtera yang profesional.

BERKHIDMAT

& MELINDUNGI

Tujuan penubuhan persatuan

Menggabungkan dalam satu Persatuan kesemua Polis Bantuan Malaysia.

Menyediakan dan mewakili ahli-ahli dalam urusan dengan Polis DiRaja Malaysia dan kerajaan.

Mencari kaedah bagi mempercepatkan segala urusan dan pengurusan Polis Bantuan dan menjayakan konsep keselamatan secara promosi dan pembelajaran 'virtual engineering' di dalam dan luar negara sehinggalah tercapainya matlamat 'virtual security' di semua tempat dan suasana.

Memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam ilmu pengetahuan, pengalaman, kemasyarakatan dan ekonomi.

Mengurus dan menjaga kebajikan ahli.

Mempereratkan lagi hubungan diantara ahli dan majikan masing-masing.

Bekerjasama dengan jabatan atau pengurusan atau majikan bagi memikirkan dan mencari jalan dan berusaha untuk mempertingkatkan disiplin dan kualiti perkhidmatan ahli.

Bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang sah yang menguruskan hal-hal yang bersangkutan dengan keagamaan, ekonomi, sosial, seni, sukan dan lain-lain.

Penubuhan Polis Bantuan

Penubuhan Polis Bantuan di Malaysia adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21hb Disember 1970), di mana syarat-syarat penubuhan Polis Bantuan telah dinyatakan dengan jelas dan bukannya dibawah mana-mana undang-undang yang lain iaitu menjalankan tugas-tugas KEPOLISAN sahaja dan aspek KESELAMATAN orang ramai serta kawasan yang telah ditetapkan dijadikan keutamaan

Penugasan Polis Bantuan

Tugas-tugas yang dibenarkan adalah seperti berikut
Rondaan, Bit dan Kawalan Statik
Kawalan orang ramai, memeriksa orang ramai dan kenderaan
Melindungi dan mengiringi harta majikan
Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah