

Ahad 16 Februari 2025 – Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) telah melaksanakan latihan kemahiran menembak Siri 2/2025. Latihan adalah merupakan acara tahunan yang diwajibkan kepada semua anggota PBTH yang bertugas di Ibu Pejabat. Seramai 32 anggota telah hadir sesi latihan ini yang dilaksanakan dalam 2 praktis iaitu Center Fire dan Taktikal. Kesemua peserta yang hadir melepasi markah lulus yang ditetapkan. Program ini adalah pra-syarat untuk pembaharuan lesen senjata api setiap tahun.
Terima kasih Agensi PBTH kerana sudi berkongsi maklumat latihan tembak tahunan bersama MAPA.
Sekian.
AJK Siaraya / Media