11 April 2025 JUMAAT – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyaksikan laungan ikrar dan sumpah taat setia oleh 316 pelatih Polis Bantuan pada Majlis Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Berucap dalam majlis berkenaan, Tan Sri Razarudin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pegawai Aviation Security atas kejayaan menamatkan latihan asas dengan cemerlang.
Turut serta meraikan Majlis Tamat Latihan Polis Bantuan ialah Tuan Wan Ahmad Hussaini Abdullah, Timbalan Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA), mewakili Dato’ Presiden yang mempunyai tugas hakiki yang lain pada tarikh yang sama.
SYABAS & TAHNIAH kepada pengurusan Polis Bantuan MAHB kerana berjaya memartabatkan kecemerlangan dalam Latihan Asas Kursus Kepolisan kepada anggota PB MAHB.
https://vt.tiktok.com/ZSrm5L9VA
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhammad Izhqar Zainal Abidin
AJK Siaraya / Media



