Skip to main content

28/Januari/2025- Perjumpaan julung kali diadakan antara Ketua Jabatan Keselamatan agensi Polis Bantuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC), Bursa Malaysia dan Bank Negara Malaysia telah di adakan bertempat di Pejabat Keselamatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi, bertukar pendapat dan membincangkan aktiviti latihan dan program yang boleh dijalankan bersama. Pertemuan ini adalah cetusan idea Ketua Keselamatan Suruhanjaya Sekuriti Tuan Venu bagi mengadakan program di antara agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Yang Berbahagia Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia sangat mengalu – alukan dan menyokong aktiviti ini sebagai nilai tambah ahli persatuan ke arah yang lebih cemerlang.

Sekian.

AJK Siaraya/Media

Leave a Reply