Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis 1967 (Seksyen 47 – Seksyen 50) dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21 Disember 1970), dimana syarat-syarat penubuhan Polis Bantuan telah dinyatakan dengan jelas dan bukannya dibawah mana-mana undang-undang yang lain, iaitu menjalankan tugas-tugas KEPOLISAN sahaja dan aspek KESELAMATAN orang ramai serta kawasan yang telah ditetapkan dijadikan keutamaan. Tugas-tugas yang dibenarkan adalah seperti berikut: –
- Rondaan, Bit dan Kawalan Statik
- Kawalan orang ramai, memeriksa orang ramai dan kenderaan
- Melindungi dan mengiringi harta majikan
- Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
- Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah