Persatuan Polis Bantuan Malaysia (Malaysia Auxiliary Police Association) ialah sebuah persatuan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S). Penubuhan Polis Bantuan di Malaysia adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21hb Disember 1970).
Persatuan Polis Bantuan Malaysia (Malaysia Auxiliary Police Association) ditubuhkan pada 26 Jun 1998 (No. Pendaftaran: PPM-008-14-26061998) beralamat di Pejabat Setiausaha Kehormat MAPA, FGV Security Services Sdn Bhd, Level 10 East, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur setelah dipinda alamat surat menyurat pada 17 Februari 2003.